Read more
Ruang tamu moden ilham Armani/casa.
Kesederhanaan tetap menjadi keutamaan
RAMAI yang tergila-gilakan perabot moden, namun sejauh mana pengetahuan dan pemahaman terhadap gaya pilihan itu. Justeru, sebelum membeli perabot, ambil masa fahami maksud di sebalik gaya penataan yang mahu diketengahkan.
Gaya ini didefinisikan mempunyai rekaan terhebat dan canggih berbanding reka bentuk perabot lain. Keluli, material baru yang digunakan meliputi hampir seluruh pembuatannya manakala plastik, bahan perintis berpotensi mencipta kejutan. Bagi pereka adik-beradik Charles dan Ray Eames, papan lapis antara bahan yang tidak pernah dipinggirkan setiap kali mencipta perabot.
Kayu gelap berukir dan fabrik mewah bercorak yang menonjolkan kesederhanaan serta logam bergilap motif geometri turut dikelompokkan dalam gaya ini.
Pada awalnya, perabot moden sering disalah anggap berciri ringan dan ringkas. Penekanan lebih kepada gaya dan hiasan. Selepas beberapa lama, fungsi dan ciri mudah pula mengambil alih.
Meskipun berciri semasa, rekaan awalnya mampu melepaskan diri daripada pengaruh tradisi dan sejarah. Kemudian, wujud gelombang baru membabitkan inovasi teknologi sekali gus membawa perubahan kepada reka bentuk perabot.
Gaya barouqe yang menonjolkan estetika digantikan dengan rekaan sederhana, berkualiti, memikat serta mudah dikembangkan.
Pemahaman baru mendefinisikan perabot moden sebagai berciri ringkas dan ringan manakala material serta ilham reka bentuknya menjadi lebih inovatif. Di pasaran, berlaku lambakan produk namun yang paling menyerlah kerusi wayar Bertoia, kerusi malas Le Corbuiser, meja kopi Isamu Noguchi dan meja sisi Eileen Gray.
Perkembangan perabot moden berlaku lebih cepat daripada jangkaan malah melahirkan pereka tersohor penghujung abad ke-19 hingga awal abad 20. Majoriti mereka mendapat pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di Jerman sekitar tahun 20an hingga 30an.
Perabot yang dikeluarkan pada era ini dinamakan Klasik Moden dan kerusi Barcelona yang dicipta pada 1929 terhangat ketika itu. Meja kopi ilham Eileen Grey yang dikeluarkan pada 1927 menyusul selepasnya sebelum perhatian tertumpu pada kerusi malas B306 serta Perriand LC2 Grand Comfort ciptaan Le Corbusier pada 1928.
Bukan semua perabot yang dicipta sezamannya layak dikategorikan sebagai moden kerana detik ini juga menyaksikan kepesatan penghasilan perabot tradisional. Ada di antara perabot dicipta menyuntik elemen kedua namun dilabel tradisional. Sama ada moden atau tradisional seluruhnya, usaha menemukan titik temu tidak pernah berkubur. Keputusannya, sebilangan besar perabot digelar kontemporari manakala selebihnya menonjolkan rekaan lama.
Pereka dan pengeluar perabot kontemporari memperbaiki rekaan berkenaan secara beransur-ansur. Penerokaan bahan baru berterusan bagi mendapatkan reka bentuk unik. Kesederhanaan tetap menjadi kata kunci manakala fokus penghasilan menjurus kepada perabot ringan dan mudah dibawa.
Menjelang abad ke-20 perubahan terus berlaku khususnya perabot yang dikeluarkan sekitar 1960. Ilham rekaannya merentas masa sehingga masyarakat hari ini masih melabelkannya sebagai simbol era moden dan cermin masa depan. Dalam pada itu, perabot moden berbaur klasik dianggap mewakili ikon mewah dan sofistikated.
Le Corbusier, antara pencetus perabot moden
Le Corbusier (1887 - 1965)
Anak kelahiran Swiss dengan nama asal Charles Edouard Jeanneret ini sebenarnya pengukir mahir jam dan pernah memenangi beberapa anugerah. Sebaik memilih arkitek sebagai profesion, dia menukar namanya kepada Le Corbusier.
Pada 1910, dia berkhidmat di studio Peter Behrens di Berlin. Selepas berhenti kerja, Le Corbusier kembali ke Switzerland seterusnya menjadi tenaga pengajar di samping mempraktikkan ilmu seni bina dipelajarinya. .
Projek Domino House menjadi batu loncatan kerana menampilkan ciptaan berinovatif dan memberi inspirasi. Projek ini menonjolkan penguat konkrit yang disokong tiang keluli seterusnya penyebab kemunculan contoh pelan lantai terbuka.
Pada 1917, Le Corbusier mengorak langkah ke Paris untuk meneroka getar budaya penduduk kota tersohor itu. Kelompok masyarakat Paris yang sarat seni memberinya inspirasi menulis dan melukis.
Justeru, sepanjang 1920, dia menghasilkan beberapa buku seni bina dan jurnal berkala dinamakan Le esprit Nouveau. Selaku pelopor bersama Kongres Internationaux d’Architecture Moderne (CIAM), Le Corbusier bebas mengutarakan falsafah peribadi mengenai seni bina yang dirujuknya sebagai ‘mesin dan komponen bebas dalam hidup’.
Sekitar 1928, Le Corbusier bekerjasama dengan pendukung kontemporari Pierre Jeanneret dan Charlotte Perriand bagi projek seni bina mengkhusus pembuatan perabot. Rekaan dan aliran gaya yang ditampilkan mereka kemudiannya menjadi rujukan utama pengikut gaya Bahaus termasuk Frank Lloy Wright.
Setahun kemudian, Le Corbusier berpeluang membuat pameran solo di Salon deAutomme, Paris dan tumpuan ramai terarah kepada kerusi malas B306 diperbuat daripada keluli bentuk tiub di samping kerusi berpusing yang masih popular hingga kini.
Trio Le Corbusier, Jeanneret dan Perriand semakin dikenali menerusi penghasilan perabot bersentuhan klasik siri The Grand Comfort. Bertentangan tema kontemporari yang ringkas dan mendatar, perabot siri ini menekankan ciri besar dan mewah sekali gus layak menduduki kediaman berkonsep terbuka serta moden.

0 Reviews