Read more
Suasana damai dinikmati sambil mata dijamu kehijauan kolam dan ikan yang berenang.
Kos bina taman tidak banyak kerana kebanyakan bahan adalah lebihan ketika ubah suai rumah
ASALNYA rumah teres lot tepi terletak di Taman Keramat dihuni Sharifuddin Datuk Musa didiami ayahnya. Lebih tepat rumah itu dijadikan persinggahan keluarga dari Kuala Terengganu jika ada urusan perniagaan di Kuala Lumpur.
Kata Sharifuddin, dulu kediaman itu tidak mempunyai tanah untuk dijadikan laman kerana bapanya membina dinding rumah rapat ke pagar. Tapi selepas lama rumah itu ditinggalkan tanpa penghuni, Sharifuddin tekad berpindah dari apartmennya ke rumah bapanya ketika anak-anaknya sedang membesar.
“Sebelum berpindah, apa yang terlintas di fikiran adalah memecahkan dinding rumah kerana impian saya adalah untuk membina sebuah kediaman yang dipagari tumbuhan menghijau, umpama berada di hutan yang tenang dan mendamaikan.
“Tanpa ada ralat di hati, saya pecahkan dinding dan tidak kisah rumah yang dulunya agak luas menjadi sedikit sempit asalkan menara tinggi dan kolam dapat dimuatkan di tepi rumah,” katanya sambil leka memberi makan ikan yang dibela di kolam takungan di penjuru laman.
Presiden Kuala Lumpur Biker’s Club itu juga berkata, tidak banyak kos yang diperuntukkan untuk membina taman kerana kebanyakan bahan yang digunakan adalah lebihan ketika membuat ubah suai rumah seperti simen, batu bata, cermin gelungsur dan kayu.
Guri berpancur penghias sudut kediaman.
Taman kecil milik Sharifuddin dilengkapi sebuah bangsal tinggi dua tingkat dibina bersebelahan kolam khusus untuk tiga permata hatinya bermain. Malah bangsal itu lengkap dengan televisyen dan alat permainan video.
“Saya lebih tenang jika anak-anak bermain di sekeliling rumah. Tahu sajalah keadaan sekarang, berada di kawasan perumahan sendiri pun kadang kala tidak menjamin keselamatan kanak-kanak.
“Jadi, saya lengkapkan bangsal itu dengan set kerusi, permaidani dan alat permainan video. Biar mereka leka bermain di kawasan rumah sendiri,” katanya yang mempunyai tiga anak masing-masing berusia sepuluh, enam dan empat tahun.
Di bahagian bawah bangsal yang dibina menggunakan lebihan kayu bumbung rumah itu diletakkan kerusi taman bagi memudahkan dia bersantai sambil minum petang. Manisnya, bangsal kecil yang menjadi taman rahsia si anak turut dihiasi gambar, poster dan keratan akhbar memaparkan aksinya serta isteri ketika aktif memperaga suatu masa dulu.
Kolam besar turut dibina sebagai pelengkap laman. Baginya, taman tanpa kolam tidak akan lengkap kerana desiran air pancut dan ikan yang berenang bebas menjadi permainan mereka sekeluarga tatkala beriadah di waktu petang.
“Anak bongsu saya juga seperti terdidik menjadi bertanggungjawab menjaga ikan belaan kami sekeluarga. Setiap pagi, bangkit saja dari tidur, kolam ikan dulu yang akan diterpa. Tugasnya adalah memberi makan ikan,” katanya sambil tertawa kecil.
Taman milik Sharifuddin juga dihiasi pepohon berdaun hijau. Bunga-bunga yang menyerikan tamannya hanyalah pokok orkid plastik yang diletak bergantungan di bangsal.

0 Reviews