Fahami konsep kedesaan Inggeris.

Fahami konsep kedesaan Inggeris.

Size
Price:

Read more


Jam dalam kotak kayu RM68.00.

Walaupun sarat bercorak kesederhanaan perlu diutamakan

MESKIPUN, tidak menetap di negara empat musim, penggemar gaya kedesaan Inggeris boleh mempraktikkannya di sini. Begitupun, sejauh mana pemahaman kita mengenai tema dan konsep penataan ini?

Benarkan keistimewaannya terselit melalui hiasan dalamannya yang berwajah ‘kusam’ (rustic)? Mungkinkah pada motif bunga yang menghiasi dinding, pintu, birai siling dan sebagainnya? Atau, boleh jadi juga ditonjolkan menerusi sofa kulit chesterfield berpenyandar butang?

Apapun, sebaik memilih penataan kedesaan Inggeris, pastikan panduan dan elemen asasnya dipenuhi membabitkan:

Skim Warna - Tidak seperti kontemporari yang berumpankan warna pastel dan cerah, kedesaan Inggeris sebaliknya mengusulkan palet warna gelap. Lantai misalnya, menggunakan warna pekat coklat dan merah manakala dinding menyajikan putih yang mudah disuai padankan dengan sebarang corak. Motif flora lazimnya ditonjolkan pada langsir, kusyen dan alas meja. Palet warna yang diinspirasikan daripada musim luruh mengutarakan kesempurnaan gaya Inggeris.

Dinding - Tidak pernah ‘sunyi’ dengan corak. Kertas dinding motif bunga bertanah gelap pilihan unggul.

Loceng pintu logam motif rusa RM32.90.


Perabot - Kayu kemasan popular perabot diperlihatkan menerusi kerusi, meja, rak buku dan kabinet. Sentuhan loyang menambah anggun manakala sofa dan kerusi walau berhias sarat namun masih menawarkan keselesaan. Sarung kerusi kulit dan fabrik baldu menepati selera penggemar gaya ini.

Apapun pilihan perabot, keutamaan diberikan kepada yang berciri lasak. Semakin ia dimamah usia, semakin menjanjikan gaya penataan memukau rasa.

Sofa chesterfield tunjang gaya menawan, elok digayakan bersama rak buku kayu oak dilengkapi himpunan bacaan ilmiah.

Perhiasan - Gaya ini tidak mungkin menjadi minimalis. Jadi, biasakan diri anda dengan aneka perhiasan dan gantungan gambar berbingkai yang menghiasi serata ceruk ruang. Malah, pantang ada ruang kosong, pasti dibolosi koleksi antik yang ditempatkan di meja konsol, kabinet mahupun almari hiasan.

(Dari kiri) Bekas bunga motif mawar RM148.00. Bekas kayu dari RM78.90 - Rm215.00 dan Kaki lilin RM168.00.


Dek kerana sarat barang, sudut dan ruang mungkin nampak sesak namun jangan sesekali abaikan keselesaan. Justeru, pastikan anda masih bebas bergerak biarpun kediaman meriah perabot dan perhiasan.

Tip menghias

Meskipun, gaya Inggeris terkenal dengan sarat bercorak, namun banyak lagi boleh dilakukan supaya kediaman tampil menawan, antaranya:

# Fabrik berbeza menyuntik tekstur di bilik. Justeru, tampilkan sarung kusyen motif floral dihiasi jahitan sulam tampal.

# Pilih langsir fabrik mewah baldu corak bunga.

# Kaki lilin logam bercawang menguatkan lagi pengaruh gaya Inggeris.

# Selimut meja dengan alas fabrik mencecah lantai. Tambah perhiasan rekaan klasik bersama jambangan bunga hidup.

# Selain dilihat misteri dan nostalgia, perabot dan perhiasan antik menyerlahkan ketulenan gaya kedesaan Inggeris.

0 Reviews

Contact Form

Name

Email *

Message *